Monday, 26 August 2019

KEMAHIRAN TINGKAH LAGU PERSONAL - 01 KEJUJURAN DAN INTEGRITI

1. KONSEP KEJUJURAN DAN INTERGRITI

1.1 PENGENALAN
Kebanyakan manusia lebih suka keamanan daripada peperangan dan
pertelingkahan, menghargai kestabilan dan nilai kebahagiaan,
kenikmatan dan keselesaan. Secara amnya, huru-hara dan
pertelingkahan, pembunuhan, ketidakstabilan dan keadaan kacau
bilau dilihat sebagai faktor negatif dan tidak melambangkan sifat
seorang yang waras.

1.2 DEFINISI INTERGRITI

i) Kamus Oxford Advanced Learner mentakrifkan "integriti" sebagai "kualiti
untuk menjadi jujur dengan prinsip-prinsip moral yang kuat ". Seseorang
boleh memiliki integriti peribadi, profesional atau seni

1.3 DEFINISI KEJUJURAN
i) Kamus Oxford Advanced Learner,s mentakrifkan "kejujuran" sebagai
"sentiasa bercakap benar, tidak pernah mencuri atau menipu".

1.4 INTERGRITI DI TEMPAT KERJA

i) Integriti di tempat kerja adalah penting untuk persekitaran kerja yang
sihat. Ia tidak kira kedudukan atau jawatan seseorang sama ada ketua
Pegawai eksekutif atau Tukang cuci atau kakitangan yang berjawatan
paling rendah, integriti di tempat kerja bermula dengan kejujuran,
kewibawaan, amanah dan kesopanan Dengan menjaga tutur-kata

ii) Bekerja tepat pada waktunya
Bekerja bersungguh-sungguh ketika berada di tempat kerja adalah satu
contoh jelas integriti di tempat kerja. Kesibukan, melayari Internet,
membuat panggilan telefon peribadi, menghantar mesej dan kerap keluar
makan adalah aktiviti-aktiviti yang mengurangkan masa bekerja

iii) Mematuhi polisi syarikat
Mematuhi dasar syarikat adalah cara yang berkesan untuk mempamirkan
integriti. Mengurangkan prosidur dan mengabaikan peraturan-peraturan di
tempat kerja boleh membawa kepada kesilapan, permasaalahan dan situasi
berbahaya.

iv) Menghormati rakan sekerja dan membina kepercayaan
Dengan menghormati rakan-rakan sekerja, anda akan menzahirkan
keinginan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang sihat. Berkomunikasi
dengan sopan, berinteraksi dengan sempurna dan menghormati pendapat
dan idea rakan sekerja,

iv) Pamer kelakuan bertanggungjawab
Integriti di tempat kerja sering berpunca daripada tingkah laku moral dan
etika. Perlu dipastikan tiada sebab tingkah laku anda dipersoalkan dan inilah
satu cara terbaik untuk membuktikan bahawa anda adalah seorang pekerja
yang jujur dan boleh diharapkan.

vi) Kepentingan integriti di tempat kerja
Integriti adalah asas kepada perwatakan.Seseorang yang berintegriti telah
terbangun nilai-nilai teras seperti belas kasihan, kewibawaan, murah hati,
jujur, baik hati, kesetiaan, kematangan, mempunyai matalamat dan
kepercayaan yang akhirnya akan membawa kepada nilai dan kejayaan
kepada mana-mana organisasi.




Share:

0 comments:

Post a Comment

BTemplates.com

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
nama ameer fazlee umur 19 , tinggal di puchong , kos pembelajaran aku perkhidmatan rangkaian komputer di kolej oxford business

CAO2 - KERJA BERPASUKAN

1 PASUKAN DI TEMPAT KERJA Pasukan kerja adalah kumpulan-kumpulan formal terdiri daripada individu yang saling bergantung dan bertanggungj...