Monday, 26 August 2019
Home »
» CAO1 - 04 JENIS KOMUNIKASI
CAO1 - 04 JENIS KOMUNIKASI
Istilah ‘komunikasi’ biasanya bermaksud bercakap, menulis atau menghantar mesej
kepada orang lain. Kemahiran berkomunikasi dengan baik diperlukan kerana kemahiran
ini akan meningkatkan kemahiran sosial anda. Membina kemahiran berkomunikasi
penting untuk memperkasakan keyakinan diri dalam apa jua keadaan hidup.
4.1 Komunikasi berlaku melalui pertukaran simbol yang menggambarkan idea dan
pengalaman. Bahasa ialah suatu sistem simbol umum yang digunakan untuk berkongsi
pengalaman dengan orang lain.
4.2 Simbol-simbol seperti gambar,warna,tanda dan bunyi boleh digunakan untuk
berkomunikasi. Ekspresi muka,pergerakan,pakaian dan lain-lain juga adalah sebahagian
bentuk berkomunikasi,walaupun tidak menggunakan pertuturan.
4.3 Komunikasi melalui simbol tanpa melibatkan bahasa dikenali sebagai komunikasi
bukan lisan, manakala komunikasi dalam bentuk pertuturan atau bertulis dipanggil
komunikasi lisan.
Rajah 4 Jenis komunikasi
4.4 Komunikasi lisan ialah proses menyampaikan maklumat yang melibatkan komunikasi
menggunakan bahasa yang berkesan antara penyampai dan penerima maklumat.
Terdapat dua jenis komunikasi lisan:
i) Komunikasi oral
Komunikasi oral ialah proses penyampaian maklumat dan idea dari seorang
individu kepada individu yang lain melalui pertuturan.
ii) Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulis ialah proses menyampaikan maklumat dalam bentuk bertulis.
4.5 Komunikasi bukan lisan
Satu lagi jenis komunikasi ialah komunikasi bukan lisan. Komunikasi bukan lisan
merangkumi aspek suara, badan, mata dan penampilan diri.
JENIS KOMUNIKASI
-Komunikasi lisan
-Komunikasi oral (pertuturan)
-Bertulis
-Komunikasi bukan lisan
Komunikasi lisan terbahagi dua, iaitu komunikasi oral dan komunikasi bertulis.
Komunikasi oral bermaksud komunikasi melalui pertuturan atau perbualan langsung. Ia
lebih bersifat semula jadi dan komen/pernyataan boleh dijawab dengan segera.
Komunikasi oral memerlukan kemahiran dalam diri penutur dan pendengar untuk
memberi tindak balas kepada bahasa gerak-geri masing-masing. Mereka juga perlu
mahir menjawab secara spontan.
0 comments:
Post a Comment